welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

Sunday 27 May 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR MATRIKULASI SESI 2011/2012. 
SILA BUAT PERMOHONAN UPU UNTUK FASA 2 MULAI 26 MEI HINGGA 2 JUN 2012 - 
PERMOHONAN APLIKASI DALAM TALIAN (MATRIKULASI/ASASI FASA2) DIBUKA UNTUK CAPAIAN. [Klik Di Sini]


Fasa 2 USM
Pengemaskinian permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my/
Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 26 Mei 2012 sehingga 1 Jun 2012.

SEBARANG MASALAH,SILA BERHUBUNG DENGAN KAUNSELOR ANDA. HARAP MAKLUM.


Perhatian juga kepada pelajar-pelajar KMPh, Pihak UTM menawarkan 150 Biasiswa Endowmen yang bernilai rm12,000 setahun kepada  pelajar cemerlang serta memilih UTM sebagai PILIHAN PERTAMA dalam permohonan dan berjaya mendapat tawaran kemasukan bagi sesi akademik 2012/2013. Permohonan biasiswa ini boleh dibuat melalui borang yang boleh dimuat turun melalui web www.utm.my. Semua permohonan hendaklah dikembalikan sebelum 15 Jun 2012. Harap Maklum.

Wednesday 23 May 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA PENDIDIKAN UPU 2012 ONLINE LEPASAN STPM/DIPLOMA/ASASI/SETARAF MULAI 19 MEI 2012
Bagi mereka yang sudah membuat permohonan UPU pendidikan 2012 sudah boleh membuat semakan panggilan temuduga pendidikan UPU 2012 secara online disini mulai 19 mei 2012. Para calon lepasan stpm/diploma/asasi/setaraf boleh membuat semakan dengan maklumat dibawah.
Cara Semak Keputusan Panggilan Temuduga UPU (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/ Setaraf
Semakan boleh dibuat di Laman Web upu.mohe.gov.my. KLIK SINI
Atau guna SMS
My SMS – 15888
Tarikh Temuduga
Temu Duga akan dijalankan pada 24 – 30 Mei 2012

Selamat Datang

Selamat Datang ke Unit Kaunseling & Kerjaya KMPh....
Kehadiran anda amat dialu-alukan.