PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI
SAINS MALAYSIA, SIDANG AKADEMIK 2013/2014 BAGI CALON LEPASAN MATRIKULASI
Perhatian kepada Pelajar Matrikulasi Pahang Sesi 2012/2013
Pelajar
dipelawa untuk memohon bagi mengikuti program pengajian peringkat Ijazah
Sarjana Muda Penuh Masa melalui pengambilan SALURAN PERDANA di Universiti Sains
Malaysia,universiti berstatus APEX (Program Pemacuan Ke arah Kecemerlangan),
satu-satunya universiti di Malaysia yang diberikan status ini oleh Kementerian
Pengajian Tinggi.
Tarikh Permohonan
FASA
1 :
-Permohonan DIBUKA - 7 Januari 2013 mulai jam 12.00 tgh
-Permohonan DITUTUP - 14 April 2013 sehingga jam 12.00 tgh
mlm
-Calon
dibenarkan mengemaskini permohonan sehingga tarikh tutup permohonan
FASA
2 :
-Permohonan DIBUKA - 26 Mei 2013 mulai jam 12.00 tgh
-Permohonan DITUTUP - 30 Mei 2013 sehingga jam 5.00 ptg
-Hanya
untuk pengemaskinian pilihan program pengajian sahaja.
-Permohonan
baru tidak dibenarkan
Permohonan ke USM
-Calon-calon
perlu mendaftar melalui laman webhttps://pohon.usm.my yang
boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my. Calon yang mendaftar akan diberikan
Nombor Rujukan. Sila lihat Panduan Pendaftaran dan Tatacara Permohonan.
-Calon
perlu membeli nombor PIN USM [RM40] di mana-mana cawangan BSN terlebih dahulu
sebelum melakukan proses pendaftaran.
-Calon
akan diberikan nombor Rujukan selepas melakukan pendaftaran. Sila lihat Panduan
Pendaftaran dan Tatacara Permohonan.
-Calon-calon
perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
-Calon-calon
boleh memilih sekurang-kurangnya [1] program pengajian dan maksima lapan [8]
program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi Uitm/PASUM dan STPM, manakala
empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/setaraf.
-Program
pengajian Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Sains Farmasi, Kejuruteraan Kimia
dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetitif di USM dan bilangan
tempat adalah terhad.
-Calon-calon
tidak akan ditawarkan program pengajian yang tidak dipohon.
Maklumat Am Permohonan.
-Bagi
Program Pengajian yang memerlukan temu duga, calon-calon wajib hadir dan lulus
temuduga tersebut.
-Tarikh
temuduga akan dimaklumkan mulai pertengahan April 2013 dan
boleh disemak di laman web http://pohon.usm.my
-Segala
perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan
calon.
Sebarang
pertanyaan lanjut,sila hubungi Seksyen Pengambilan Pelajar,USM di talian bebas
tol 1 300 888 876.