welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

KENALI KAUNSELOR


Facebook: Noor Faizah Idris


PERSONALITI KAUNSELOR


MESRA

  • Sifat mesra kaunselor akan menyebabkan klien tidak kekok bercakap, relax, selesa dan diterima oleh klien.
JUJUR
  • Kaunselor yang tidak berpura-pura dalam perhubungan dengan klien bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensive dan konsisten. Dapat berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi.
TERIMA TANPA SYARAT

  • Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya.Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik, Perlu berfikiran yang terbuka dan perlu mengelakkan diri daripada berpandangan negetif terhadap kliennya.
BEREMPATI

  • Ia merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk dan dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.
KAUNSELOR ADALAH SEORANG

  • Sanggup mendengar semua persoalan anda
  • Menerima tanpa syarat
  • Menerima dan merahsiakan apa yang anda katakan 
  • Menghormati diri anda sebagai seorang individu

No comments:

Post a Comment