welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

PRD

PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD)

Definisi Pembimbing Rakan Dinamik
PRD di Kolej Matrikulasi Pahang merujuk kepada kumpulan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan kemahiran asas kaunseling. Ahli-ahli PRD berfungsi sebagai sahabat yang efektif kepada rakan-rakan di kolej terutama mereka yang memerlukan sokongan dan pertolongan. PRD menggunakan kemahiran tersebut untuk membantu rakan menangani masalah dengan menjadi pendengar yang peka kepada perasaan orang lain,mengambil berat dan mempamerkan keikhlasan apabila bantuan mereka diperlukan.

Konsep Program Pembimbing Rakan Dinamik
Di peringkat kolej matrikulasi,program PRD merupakan suatu program yang mengenalpasti pelajar sebagai aset penting untuk membantu pelajar lain,atau dalam erti kata lain,rakan membantu rakan. Di samping itu, PRD juga berperanan sebagai jambatan (bridge) antara pelajar dan pegawai kaunseling kolej dan sentiasa bersedia untuk membantu mengembangkan serta menjayakan aktiviti unit kaunseling dan kerjaya kolej.

Objektif Program Pembimbing Rakan Dinamik (PRD)
a) Meningkatkan komitmen pelajar untuk bersama-sama mengambil bahagian yang aktif dalam proses 
    penyelesaian masalah rakan-rakan.
b) Menggalakkan perkongsian perasaan,pendapat dan maklumat secara positif ke arah kehidupan yang 
    harmoni sepanjang berada di kolej matrikulasi.
c) Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar bahawa kebajikan dan kesejahteraan hidup rakan-rakan 
    adalah tanggungjawab bersama.

* Pencalonan PRD sesi 2012/2013 akan diberitahu oleh Unit Kaunseling pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment