welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

MENTOR MENTI

Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) adalah satu aktiviti wajib bagi setiap Kolej Matrikulasi KPM.Setiap tahun keseluruhan ambilan pelajar untuk Program Matrikulasi adalah melebihi 20,000 orang dan kesemua pelajar ini ditempatkan di 9 buah Kolej Matrikulasi KPM & 3 Kolej MARA. Antara aktiviti terpenting dalam MPPB ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diterajui oleh para mentor yang terdiri daripada pensyarah Program Matrikulasi. Ini merupakan inisiatif awal untuk mendekati para pelajar dalam usaha untuk memastikan hala tuju pemikiran mereka sentiasa terarah ke matlamat yang sepatutnya di Program Matrikulasi.
Modul MPPB ini adalah untuk membantu para mentor untuk memantapkan penguasaan kemahiran interpersonal dengan menyediakan panduan modul oleh para kaunselor Kolej-Kolej Matrikulasi. Para mentor boleh mendapatkan video simulasi aplikasi modul daripada kaunselor.


MODUL MENTOR-MENTEE
  1. Suai Kenal (Kau & Aku)
  2. Analisis Diri (Aku Wira & Wirawati)
  3. Peneguhan Nilai Murni (Insan Kamil)
  4. Serasa Serasi
  5. Ujian Kerjaya
  6. Kemahiran Membaca & Mencatat Nota
  7. Kemahiran Mengingat
  8. Nilai Murni (Sesama Kita)
  9. Kerohanian (Diariku)
  10. Kerohanian (Oh Remaja)
  11. Komunikasi (Tipah & Joey)
  12. Pengurusan Kewangan
  13. Kemahiran Interpersonal
  14. Kepimpinan (Kunci Khazanah)
  15. Kepimpinan (Origami)
  16. Kepimpinan (Sepakat Membawa Berkat)
  17. Cara Belajar
  18. Sifat Asertif
  19. Cara membuat Resume
  20. Panduan Menghadapi Temuduga
  21. Cuba-Cuba
  22. Cubalah Kalau Boleh
  23. "Ke Kebun Kita"
  24. Kajian Masalah Pelajar
  25. Ujian Pengurusan "Stress"
  26. Modul Pemilihan Kerjaya


No comments:

Post a Comment