welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

PENGENALAN PERKHIDMATAN

APAKAH DIA PERKHIDMATAN UNIT KAUNSELING & KERJAYA
Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:
  • Peribadi dan emosi anda
  • Perkembangan pelajaran
  • Belajar dengan lebih berkesan
  • Pemilihan & maklumat Kerjaya
  • Hala tuju IPTA/IPTS
  • Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan negatif
  • Keluarga

Matlamat Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling :
· Supaya ANDA memahami tentang diri anda.
· Supaya ANDA dapat kenalpasti apakah keperluan anda.
· Supaya ANDA dapat menerima diri anda dan berpandangan objektif dan realistik.
· Agar ANDA dapat membuat perancangan yang berkesan dalam kehidupan anda pada masa sekarang dan akan datang,InsyaAllah.

Keperluan Individu Yang Boleh Dipenuhi Melalui Kaunseling
  • Interpretasi sifat kepeibadian, potensi dan persepsi tentang diri.
  • Masalah hubungan sosial dengan rakan sebaya, guru, ibubapa dan lain-lain.
  • Perkara-perkara yang berhubung dengan kematangan, penyesuaian dan perkembangan peribadi.
  • Pemilihan jurusan pendidikan dan program sekolah, maktab atau IPT.
  • Pemilihan kerjaya dan penempatan pengajian.
  • Sumber pertolongan dalam masyarakat dan perkhidmatan rujukan.
  • Kemajuan dan prestasi akademik.
  • Memahami pengalaman peribadi.
  • Mempelajari apa yang boleh diharapkan dari sekolah baru dan pengalaman baru yang perlu.
  • Orientasi kepada kerjaya.
  • Pengalaman masa lapang.
  • Penerokaan minat, bakat dan kebolehan.
  • Menilai minat, bakat dan kebolehan.
  • Perkara lain yang berhubung dengan peribadi, sosial, pendidikan dan kerjaya.




Proses perhubungan untuk memberi bantuan secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional yang bertujuan menghasilkan perubahan, perkembangan, dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlandaskan etika kaunseling.

Profesion terlatih dalam bidang kaunseling ataupun bidang-bidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual, pendidikan, pengurusan dll dan mampu bertindak sebagai pembimbing dengan memberi maklumat dan cadangan untuk membantu klien mengenalpasti kebolehan diri serta melakukan perubahan dan membuat keputusan dan menentukan matlamat.

Adalah satu keadaan emosi yang tidak selesa yang diakibatkan oleh tekanan (stress) atau konflik dan dikategorikan sebagai takut dan berhati-hati.

Situasi dalam diri individu atau mana-mana kumpulan yang menggambarkan fenomena luar biasa ataupun yang sukar difahami oleh individu lain. Selalunya dikaitkan dengan gangguan mental.

Individu yang berurusan dengan kaunselor ataupun psikologis  untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan mahupun rawatan.

Istilah yang merujuk kepada situasi di mana keperluan, matlamat atau tindakan yang tidak boleh bersaing antara satu sama lain.

Istilah yang merujuk kepada desakan dari hati dan naluri yang menggerakkan seseorang untuk membuat sesuatu tindakan yang merangkumi segala jenis desakan, ransangan, keperluan, kehendak, kemahuan dan kuasa-kuasa lain untuk mencapai sesuatu matlamat. 

Keadaan tegang yang menyebabkan sistem tubuh badan dalam keadaan yang tidak stabil serta perasaan risau yang keterlaluan terhadap sesuatu perkara. 

Satu bentuk psikoterapi yang dibuat berdasarkan andaian behaviorisme untuk mengubah tingkahlaku lama yang tidak diingini kepada suatu bentuk tingkahlaku baru. 

Bentuk ujian yang telah dipiawaikan (ujian, inventory dan skala) yang digunakan untuk mengukur kecerdasan, kebolehan mental secara umum dan spesifik, kebolehan dalaman, nilai, minat, personaliti, motivasi dan bidang-bidang psikologikal yang lain yang telah dibangunkan dan mempunyai keesahan, kebolehpercayaan dan kepiawaian. 




Boleh rujuk di laman perkhidmatan untuk temujanji dengan kaunselor.


No comments:

Post a Comment