welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

BIDANG TUGAS


SENARAI TUGAS PENOLONG PENGARAH KAUNSELING KOLEJ MATRIKULASI
  1. Merancang,menyedia dan memantau Petunjuk Prestasi Utama (PPU) atau Key   Performance Indicator (KPI) unit.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya melalui kajian keperluan,soal selidik,ujian psikologi,temubual,perbincangan dan konsultasi dengan pelajar,pensyarah,pentadbir,kakitangan,institusi pengajian tinggi (IPT),ibu bapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang,melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling dan kerjaya secara professional dan beretika.
  4. Mengelola,melaksanakan dan mengawalselia aktiviti kaunseling dan kerjaya serta bimbingan yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
  5. Mengendalikan & mengawalselia sesi kaunseling & bimbingan individu serta kelompok.
  6. Merancang,mempromosikan,menguruskan dan mengawalselia pelbagai aktiviti perkhidmatan kaunseling & kerjaya.
  7. Merancang,mengemaskini dan mengawalselia rekod kaunseling pelajar.
  8. Merancang,mengemaskini dan mengawalselia takwim perkhidmatan kaunseling dan kerjaya.
  9. Mengumpul,menerbit,mencetak,mengedarkan dan mengawalselia maklumat/dokumen/borang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa.
  10. Merancang,melaksana,menilai dan mengawalselia program & aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan,berhubung perkhidmatan kaunseling & kerjaya serta Pendidikan Pencegahan Dadah.
  11. Merancang,menyelaras,menilai & mengawalselia sumber dan bahan resos perkhidmatan kaunseling & kerjaya.
  12. Merancang,menyelaras,menilai & mengawalselia program & aktiviti konferens dengan ibu bapa,pensyarah,kakitangan bukan akademik,agensi kerajaan & bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti,modul,model,instrumen,pendekatan & sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan kaunseling & kerjaya.
  14. Merancang,menyedia dan memberi maklumat kepada pelajar tentang peluang-peluang pendidikan dan penajaan untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam & luar Negara.
  15. Menguruskan penyimpanan dan rekod yang berkaitan dengan pentadbiran & pengurusan unit.
  16. Merancang,melaksana & mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  17. Merancang,memilih,melantik,melatih dan mengawalselia aktiviti Pembimbing Rakan Dinamik (PRD).
  18. Menyelaras & mengawalselia program mentor menti kolej.
  19. Menyelaras & mengawalselia program-program pengembangan & kepimpinan pelajar seperti Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) & Pembimbing Rakan Menti (PRM) atau Jawatankuasa Menti (JAKTI).
  20. Merancang,melaksana & mengawalselia program & aktiviti pendidikan pencegahan dadah & inhalan.
  21. Menjadi mediator dengan agensi-agensi luar yang berkaitan,terutama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) & institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
  22. Menghadiri mesyuarat & kursus peningkatan profesionalisme & penyelarasan pengurusan yang dikendalikan oleh BMKPM dan agensi luar.
  23. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa oleh pengarah kolej.
BIDANG PSIKOLOGI
  1. Melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan,pencegahan,pemulihan & intervensi.
  2. Melaksanakan aktiviti pemantauan,penyelidikan & kajian pembangunan modal insan.
  3. Menyelia penyelenggaraan,penyimpanan & pengedaran alat-alat ujian & inventori.
  4. Memastikan dasar & polisi berkaitan perkhidmatan psikologi & kaunseling dilaksanakan di peringkat kolej matrikulasi.
  5. Menyimpan semua fail,rekod&sesi untuk tujuan tindakan susunan (follow up) & statistik.
  6. Mengambil maklumat & data-data warga organisasi yang bermasalah.
  7. Membuat kajian keperluan.
BIDANG KAUNSELING
  1. Menjalankan sesi secara kaunseling individu & kelompok,kaunseling keluarga,kaunseling perkahwinan,tele-kaunseling,e-kaunseling,khidmat perundingan & intervensi.
  2. Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan & perkembangan kendiri/kerjaya,intervensi,pencegahan & pemulihan.
  3. Menyediakan penyediaan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling.
  4. Menyediakan penyediaan laporan pemantauan bagi tujuan rekod,pelaporan & penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling sedia ada.
  5. Menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian & inventori psikologi yang sesuai.
  6. Menyelia pelaksanaan aktiviti/program,latihan dalam urusan pentadbiran,interpretasi alat ujian & inventori psikologi.

No comments:

Post a Comment