welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

Sunday, 30 September 2012

e-RAYUAN

Thursday, 9 August 2012

TAWARAN BIASISWA JPA SESI 2012/2013

Perhatian kepada pelajar KMPh sesi 2011/2012...
Tawaran Biasiswa JPA bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/2013. 
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (online application) mulai 6 ogos 2012 (Isnin) jam 5.00 petang. Klik Sini..

Monday, 23 July 2012

INFO PTPTN

SILA LAYARI LAMAN INI UNTUK INFO & MAKLUMAT TENTANG PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN
KLIK DI SINI 

Sunday, 22 July 2012

INFO BIASISWA


SENARAI BIASISWA DAN PINJAMAN BAGI LEPASAN MATRIKULASI / STPM / SETARAF

Ramai yang akan menjadi mahasiswa di IPTA pada bulan September tahun ini. Ada yang gembira kerana mendapat IPTA yang diidamkan tetapi ada juga yang kecewa kerana tidak mampu membiayai yuran pengajian di IPTA/IPTS. Di sini ada caranya untuk membantu anda semua yang memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pelajaran anda di peringkat yang lebih tinggi. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencari biasiswa atau pinjaman, anda boleh rujuk pada senarai yang telah dinyatakan di bawah ini.
1) PTPTN
2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
8 ) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak @ Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM )
14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
15) Gamuda Berhad
16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
18) Lembaga Zakat Selangor
19) Bank Rakyat Malaysia Berhad @ Bank Rakyat Malaysia Berhad
20) Majlis Amanah Rakyat
21) Pusat Zakat Sabah
22) Yayasan Negeri Sembilan
23) Skim Biasiswa National Science F
24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
27) Sarawak Shell Berhad
28) Sapura Industrial Berhad
29) Terengganu Advanced Technical Institute
31) Yayasan Felcra
32) Yayasan Pahang
33) Yayasan Sabah
34) Yayasan Selangor
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
37) Yayasan Terengganu
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
Sumber : JomBerita

Friday, 13 July 2012

Tuesday, 3 July 2012


PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my  atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

Aplikasi Permohonan Program Matrikulasi.....
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm

Sunday, 10 June 2012


SELAMAT DATANG KE KOLEJ MATRIKULASI PAHANG BUAT PELAJAR BARU SESI 2012/2013 DAN MATLAMAT YANG MENCABAR DIRI.

Salam dan selamat sejahtera serta salam perpaduan. Alhamdulillah, kita bersyukur kerana kita masih lagi berpeluang untuk terus hidup hingga hari ini. Dan diharapkan semua pelajar akan lebih bersemangat dan dapat memberi tumpuan sepenuh terhadap pelajaran, terutamanya semasa berada di dalam kelas ketika guru mengajar. Ingat! Apa yang selalu ditekankan. Mata, telinga, tangan dan otak memberi tumpuan seratus peratus terhadap pengajaran guru. Apa yang saya bincangkan pada hari ini ialah tentang matlamat pelajar. Kita perlu mempunyai matlamat yang jelas. Selain daripada itu, matlamat mestilah yang hebat dan boleh mencabar diri kita. Di sini saya cerita mengenai kisah kehidupan seorang telah menjadi orang yang paling terkaya di dunia pada hari ini. Mungkin semua kenal. Bill Gates. Didalam buku “Learn From Successfull Entrepreneurs”, Bill Gates ada menyatakan yang beliau mahu melatakkan “sebuah komputer di atas setiap meja didalam setiap rumah”. Kata-kata Bill Gates ini diejek dan diperlekeh oleh ramai orang. Tetapi beliau meletakkan matlamat yang mencabar kerana disitu ada keseronokan baginya.
Beliau sanggup berhenti belajar di Universiti dan berkerja berbelas jam tanpa rasa jemu dan letih. Beliau komited dengan matlamatnya yang mencabar itu walaupun orang menganggap beliau tidak siuman.
Matlamat yang berkesan adalah matlamat yang mencabar diri anda supaya tekun merancang dan lebih berusaha. Matlamat yang mencabar ini mampu merangsang minda kita berfikir lebih dan ianya akan memberikan momentum motivasi yang tinggi. Manakala matlamat yang biasa tidak mempunyai daya tarikan yang kuat.
Apa juga teknologi yang ada sekarang tidak akan wujud sekiranya para pencipta, usahawan tidak mencabar otak mereka ke tahap tertinggi. Ia tidak akan dicipta sekiranya mereka hanya berfikir biasa-biasa sahaja. Dengan matlamat yang mencabar inilah menghasilkan idea yang kreatif.
Kini, apakah matlamat anda hanya biasa-biasa sahaja? Cuba cabar diri anda dengan meletakkan matlamat yang besar mulai sekarang. Hendak ada pejabat sendiri, apa salahnya, semuanya tidak mustahil dengan terbuktinya ‘budak’ 18 tahun sudah pun memiliki pejabat sendiri, hasil matlamat yang diletakkan semasa masih bersekolah lagi. Petikan dari http://mazlienadzri.com/2009/04/15/matlamat-biar-mencabar/