SELAMAT
DATANG KE KOLEJ MATRIKULASI PAHANG BUAT PELAJAR BARU SESI 2012/2013 DAN
MATLAMAT YANG MENCABAR DIRI.
Salam
dan selamat sejahtera serta salam perpaduan. Alhamdulillah, kita bersyukur
kerana kita masih lagi berpeluang untuk terus hidup hingga hari ini. Dan
diharapkan semua pelajar akan lebih bersemangat dan dapat memberi tumpuan
sepenuh terhadap pelajaran, terutamanya semasa berada di dalam kelas ketika
guru mengajar. Ingat! Apa yang selalu ditekankan. Mata, telinga, tangan dan
otak memberi tumpuan seratus peratus terhadap pengajaran guru. Apa yang saya
bincangkan pada hari ini ialah tentang matlamat pelajar. Kita perlu mempunyai
matlamat yang jelas. Selain daripada itu, matlamat mestilah yang hebat dan boleh
mencabar diri kita. Di sini saya cerita mengenai kisah kehidupan seorang telah
menjadi orang yang paling terkaya di dunia pada hari ini. Mungkin semua kenal.
Bill Gates. Didalam buku “Learn From Successfull Entrepreneurs”, Bill Gates ada
menyatakan yang beliau mahu melatakkan “sebuah komputer di atas setiap meja
didalam setiap rumah”. Kata-kata Bill Gates ini diejek dan diperlekeh oleh
ramai orang. Tetapi beliau meletakkan matlamat yang mencabar kerana disitu ada
keseronokan baginya.
Beliau sanggup berhenti belajar di Universiti dan berkerja
berbelas jam tanpa rasa jemu dan letih. Beliau komited dengan matlamatnya yang
mencabar itu walaupun orang menganggap beliau tidak siuman.
Matlamat yang berkesan adalah matlamat yang mencabar diri anda
supaya tekun merancang dan lebih berusaha. Matlamat yang mencabar ini mampu
merangsang minda kita berfikir lebih dan ianya akan memberikan momentum
motivasi yang tinggi. Manakala matlamat yang biasa tidak mempunyai daya tarikan
yang kuat.
Apa juga teknologi yang ada sekarang tidak akan wujud sekiranya
para pencipta, usahawan tidak mencabar otak mereka ke tahap tertinggi. Ia tidak
akan dicipta sekiranya mereka hanya berfikir biasa-biasa sahaja. Dengan
matlamat yang mencabar inilah menghasilkan idea yang kreatif.
Kini, apakah matlamat anda hanya biasa-biasa sahaja? Cuba cabar
diri anda dengan meletakkan matlamat yang besar mulai sekarang. Hendak ada
pejabat sendiri, apa salahnya, semuanya tidak mustahil dengan terbuktinya
‘budak’ 18 tahun sudah pun memiliki pejabat sendiri, hasil matlamat yang
diletakkan semasa masih bersekolah lagi. Petikan dari
http://mazlienadzri.com/2009/04/15/matlamat-biar-mencabar/