KATA-KATA MOTIVASI
Kata-kata
motivasi ke 43 adalah dari Masataka Tomozoe, usahawan dan jutawan Jepun.
Katanya…
“Saya hanya mahu berfikir secara positif, saya cuba sedaya upaya
untuk melupakan perkara yang buruk dan biar apapun yang terjadi, saya cuba
untuk tidak berfikir secara negatif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan,
kerana walau Anda tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang”.
Kita sebagai hamba, diberi tugas oleh Allah sebagai khalifah
dimuka bumi. Tugasan hidup kita sudah jelas, iaitu untuk seorang hamba yang
berjaya menjalankan perintah Tuhannya dengan cukup bagus. Maknanya, Anda dan
saya ada peranan masing-masing dalam hidup kita ni.
Kita mungkin seorang bapa, seorang ketua di tempat kerja,
seorang suami dan seorang anak. Walau siapa jua kita, kita tetap ada beberapa
tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan penuh cemerlang. Terpulang pada kita bagaimana
kita melakukannya.
Kita sendiri pun bagi tugasan dengan seseorang, kita nak tugasan
tu dilaksanakan dengan cukup bagus, hebat sekali mengikut kemahuan kita. Bila
orang yang kita suruh tak buat kerja, atau kerjanya tak cukup bagus, kita tak
berpuas hati kekadang naik hangin. Mungkin, begitu juga dengan Allah apabila
berdepan perangai kita yang sedikit ‘degi’.
Mungkin sebab itu juga DIA menurunkan masalah, sebagai balasan
atas perbuatan kita, kedegilan kita.
Untuk membuat sesuatu dengan cukup cemerlang, bagus dan hebat
sekali, kena berfikir secara positif, lupakan semua yang buruk juga yang
menyakitkan hati kemudian bergerak mencapai matlamat. Maafkan semua orang yang
pernah menyakitkan hati, selepas itu fokuskan sepenuh perhatian pada usaha
memajukan diri. Kita buang banyak masa jika terlalu
kerap melayan semua yang negatif.
Be positive all the way!
petikan dari www.imotivasi.com
No comments:
Post a Comment