welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

Sunday 27 May 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR MATRIKULASI SESI 2011/2012. 
SILA BUAT PERMOHONAN UPU UNTUK FASA 2 MULAI 26 MEI HINGGA 2 JUN 2012 - 
PERMOHONAN APLIKASI DALAM TALIAN (MATRIKULASI/ASASI FASA2) DIBUKA UNTUK CAPAIAN. [Klik Di Sini]


Fasa 2 USM
Pengemaskinian permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my/
Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 26 Mei 2012 sehingga 1 Jun 2012.

SEBARANG MASALAH,SILA BERHUBUNG DENGAN KAUNSELOR ANDA. HARAP MAKLUM.


Perhatian juga kepada pelajar-pelajar KMPh, Pihak UTM menawarkan 150 Biasiswa Endowmen yang bernilai rm12,000 setahun kepada  pelajar cemerlang serta memilih UTM sebagai PILIHAN PERTAMA dalam permohonan dan berjaya mendapat tawaran kemasukan bagi sesi akademik 2012/2013. Permohonan biasiswa ini boleh dibuat melalui borang yang boleh dimuat turun melalui web www.utm.my. Semua permohonan hendaklah dikembalikan sebelum 15 Jun 2012. Harap Maklum.

2 comments:

  1. salam...cikgu..sy dh try bkak fasa 2...bile sy msukkn password or nama ibu...ad data ralat..sy ingt pasword sy...

    ReplyDelete
  2. hai miera fieqa...harap anda tidak lagi mempunyai masalah dalam mengisi online upu fasa 2.Good Luck ;-)

    ReplyDelete