welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

Sunday 10 June 2012


SELAMAT DATANG KE KOLEJ MATRIKULASI PAHANG BUAT PELAJAR BARU SESI 2012/2013 DAN MATLAMAT YANG MENCABAR DIRI.

Salam dan selamat sejahtera serta salam perpaduan. Alhamdulillah, kita bersyukur kerana kita masih lagi berpeluang untuk terus hidup hingga hari ini. Dan diharapkan semua pelajar akan lebih bersemangat dan dapat memberi tumpuan sepenuh terhadap pelajaran, terutamanya semasa berada di dalam kelas ketika guru mengajar. Ingat! Apa yang selalu ditekankan. Mata, telinga, tangan dan otak memberi tumpuan seratus peratus terhadap pengajaran guru. Apa yang saya bincangkan pada hari ini ialah tentang matlamat pelajar. Kita perlu mempunyai matlamat yang jelas. Selain daripada itu, matlamat mestilah yang hebat dan boleh mencabar diri kita. Di sini saya cerita mengenai kisah kehidupan seorang telah menjadi orang yang paling terkaya di dunia pada hari ini. Mungkin semua kenal. Bill Gates. Didalam buku “Learn From Successfull Entrepreneurs”, Bill Gates ada menyatakan yang beliau mahu melatakkan “sebuah komputer di atas setiap meja didalam setiap rumah”. Kata-kata Bill Gates ini diejek dan diperlekeh oleh ramai orang. Tetapi beliau meletakkan matlamat yang mencabar kerana disitu ada keseronokan baginya.
Beliau sanggup berhenti belajar di Universiti dan berkerja berbelas jam tanpa rasa jemu dan letih. Beliau komited dengan matlamatnya yang mencabar itu walaupun orang menganggap beliau tidak siuman.
Matlamat yang berkesan adalah matlamat yang mencabar diri anda supaya tekun merancang dan lebih berusaha. Matlamat yang mencabar ini mampu merangsang minda kita berfikir lebih dan ianya akan memberikan momentum motivasi yang tinggi. Manakala matlamat yang biasa tidak mempunyai daya tarikan yang kuat.
Apa juga teknologi yang ada sekarang tidak akan wujud sekiranya para pencipta, usahawan tidak mencabar otak mereka ke tahap tertinggi. Ia tidak akan dicipta sekiranya mereka hanya berfikir biasa-biasa sahaja. Dengan matlamat yang mencabar inilah menghasilkan idea yang kreatif.
Kini, apakah matlamat anda hanya biasa-biasa sahaja? Cuba cabar diri anda dengan meletakkan matlamat yang besar mulai sekarang. Hendak ada pejabat sendiri, apa salahnya, semuanya tidak mustahil dengan terbuktinya ‘budak’ 18 tahun sudah pun memiliki pejabat sendiri, hasil matlamat yang diletakkan semasa masih bersekolah lagi. Petikan dari http://mazlienadzri.com/2009/04/15/matlamat-biar-mencabar/

No comments:

Post a Comment