welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

Thursday 17 January 2013

PERMOHONAN KE USM

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, SIDANG AKADEMIK 2013/2014 BAGI CALON LEPASAN MATRIKULASI
Perhatian kepada Pelajar Matrikulasi Pahang Sesi 2012/2013
Pelajar dipelawa untuk memohon bagi mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Penuh Masa melalui pengambilan SALURAN PERDANA di Universiti Sains Malaysia,universiti berstatus APEX (Program Pemacuan Ke arah Kecemerlangan), satu-satunya universiti di Malaysia yang diberikan status ini oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Tarikh Permohonan
FASA 1 :
-Permohonan DIBUKA - 7 Januari 2013 mulai jam 12.00 tgh
-Permohonan DITUTUP - 14 April 2013 sehingga jam 12.00 tgh mlm
-Calon dibenarkan mengemaskini permohonan sehingga tarikh tutup permohonan
FASA 2 :
-Permohonan DIBUKA - 26 Mei 2013 mulai jam 12.00 tgh
-Permohonan DITUTUP - 30 Mei 2013 sehingga jam 5.00 ptg
-Hanya untuk pengemaskinian pilihan program pengajian sahaja.
-Permohonan baru tidak dibenarkan
Permohonan ke USM
-Calon-calon perlu mendaftar melalui laman webhttps://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my. Calon yang mendaftar akan diberikan Nombor Rujukan. Sila lihat Panduan Pendaftaran dan Tatacara Permohonan.
-Calon perlu membeli nombor PIN USM [RM40] di mana-mana cawangan BSN terlebih dahulu sebelum melakukan proses pendaftaran.
-Calon akan diberikan nombor Rujukan selepas melakukan pendaftaran. Sila lihat Panduan Pendaftaran dan Tatacara Permohonan.
-Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
-Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi Uitm/PASUM dan STPM, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/setaraf.
-Program pengajian Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Sains Farmasi, Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetitif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
-Calon-calon tidak akan ditawarkan program pengajian yang tidak dipohon.
Maklumat Am Permohonan.
-Bagi Program Pengajian yang memerlukan temu duga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
-Tarikh temuduga akan dimaklumkan mulai pertengahan April 2013 dan boleh disemak di laman web http://pohon.usm.my
-Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan calon.
Sebarang pertanyaan lanjut,sila hubungi Seksyen Pengambilan Pelajar,USM di talian bebas tol 1 300 888 876.

No comments:

Post a Comment