welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

Thursday 17 January 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA (UPU)

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA MELALUI SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (ONLINE APPLICATION) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI (PERINGKAT IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2013/2014
Perhatian kepada pelajar Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2012/2013.
-Anda dikehendaki mengemukakan permohonan Aplikasi Dalam Talian mulai (WAJIB ISI) :
a. Fasa 1 akan dibuka mulai 7 Januari hingga 14 April 2013
b. Fasa 2 akan dibuka mulai 3 hingga 9 Jun 2013 (tentatif) dan tertakluk kepada pindaan.
-Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Syarat Am dan Khas Program Pengajian yang ditawarkan,pelajar boleh melayari laman web  https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php    sebelum mengemukakan permohonan.
-Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA http://upu.mohe.gov.my 
-Maklumat Pilihan Program
i. Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan
ii.Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan
   -Setiap pemohon dibenarkan memilih dua belas (12) pilihan program pengajian dimanaempat (4) pilihan daripada IPTA bertaraf RU (UM,UKM,UPM&UTM) dan empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan daripada IPTA selain RU.
   -Pelajar wajib memilih sekurang-kurangnyadua (2) pilihan program pengajian yang berlainan daripada IPTA bertaraf RU (UM,UKM,UPM & UTM) dan empat (4) pilihanprogram pengajian yang berlainan daripada IPTA selain RU.
 -Program Pengajian Bertemuduga Bukan Pendidikan
a.RU - Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 1 hingga 4 sahaja.
 b.Bukan RU - Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 5 hingga 8 sahaja.
 -Program Pengajian Pendidikan (ISMP)
a.RU - Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 1 hingga 2 sahaja.
 b.Bukan RU - Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 5 hingga 6 sahaja
*Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Noor Faizah Bt Idris,Pegawai Kaunseling di Unit Kaunseling dan Kerjaya.

No comments:

Post a Comment