welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat blog unit kaunseling & kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan unit kaunseling KMPh dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia juga bertujuan untuk memberikan informasi penting daripada unit kaunseling & kerjaya dari semasa ke semasa. Harap anda dapat memberikan kritikan membina berkaitan blog serta dapat berkongsi maklumat melalui blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang kerana memberikan sokongan dalam pembinaan blog ini.

Friday 26 April 2013

SEMAKAN TAWARAN KOLEJ MATRIKULASI


Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014 boleh disemak di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Permohonan anda ke IPTA masih akan diproses seperti biasa walaupun anda telah berjaya mendapat tawaran di Matrikulasi KPM. 

Rayuan ke Program Matrikulasi KPM dibuka secara online mulai 25 April 2013 sehingga 9 Mei 2013 secara online dan keputusan rayuan akan diumumkan pada awal bulan Jun 2013.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment